Thursday, 21 August 2014

Buat apa yang betul, tinggal apa yang salah..


Selamat tengah hari semua..

Bercakap mengenai tindakan. Memang betul, setiap tindakan yang kita lakukan setiap detik, setiap saat dan setiap minit adalah dalam perhatian... Tidak kira kita berada di ceruk mana sekalipun. Yang pasti setiap perbuatan yang kita lakukan dalam pemerhatian-Nya.

Tidak terlepas juga setiap perbuatan kita dilihat oleh manusia sekeliling tidak kira yang suka kepada kita mahupun sebaliknya. Memang naluri manusia cepat nampak apa yang tidak elok saja. Cepat je buat andaian, buat ramalan dan buat terjemahan sendiri tanpa meyiasat dulu sama ada hal tersebut betul atau tidak.

Bagi yang merasa tertekan dengan percakapan orang sekeliling . Banyak lah bersabar dan berfikiran positif kerana setiap tindakan yang kita lakukan adalah kerana Allah SWT sahaja. Apa yang kita fikir baik dan betul asalkan tidak bercanggah dengan agama buatlah!!! jangan takut akan apa yang orang kata. (Ini sebagai peringatan untuk diri sendiri juga)

Doa memohon kesabaran

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

‘Robbanaa Afrigh ‘Alainaa Shobron wa Tsabbit Aqdaamanaa wanshurnaa ‘Alal Qoumil Kaafiriin’.
Artinya: “Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran atas diri kami, dan teguhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir.” (QS. Al Baqarah: 250).
Oleh itu, jangan lah kita bersangka buruk dan cepat membuat spekulasi sendiri tanpa bukti yang benar..Ingatlah setiap apa yang kita lakukan dalam pemerhatian Yang Maha Esa.. 

Assalamualaikum

Selamat datang ke blog saya...